这是本校的莫大荣幸,能以音乐之声共庆语言之美,并支持提升国语作为团结与民族认同的重要象征。
Penyertaan Persembahan Koir oleh Kelab Bell Choir Sekolah Menengah Kian Kok Sabah
Kelab Bell Choir Sekolah Menengah Kian Kok Sabah telah dijemput khas untuk membuat persembahan koir sempena Majlis Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025 yang telah berlangsung pada 16 Oktober 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Amil Jaya, Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.
Penyertaan ini merupakan satu penghormatan besar kepada pihak sekolah kerana diberi peluang untuk memeriahkan majlis berprestij tersebut serta menyemarakkan semangat kecintaan terhadap bahasa kebangsaan melalui seni dan muzik. Penglibatan ini juga menggambarkan sokongan sekolah terhadap usaha DBP dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan dan identiti bangsa.





