建国中学两名优秀毕业生荣获2026年沙巴州卓越奖学金

本校2026年大马教育文凭(SPM)优秀毕业生曾则慈(Daphne Chan)及张嘉怡(Chloe Lea James)荣获2026年沙巴州卓越奖学金(Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah)。其中,曾则慈荣获公开组(Kategori Terbuka)奖学金;张嘉怡则荣获土著组(Kategori Bumiputera)奖学金。
本年度沙巴州卓越奖学金共颁发予50名优秀学生,其中公开组15人、土著组35人。本校两位学生凭借优异的大马教育文凭(SPM)成绩及出色表现,从众多优秀申请者中脱颖而出,获得此项殊荣,充分展现了建国中学卓越的教育成果及学生扎实的学术实力。
吴德成校长对于两位毕业生荣获州级卓越奖学金深感欣慰,并向她们致以诚挚的祝贺。他表示,此项荣誉不仅是对两位同学勤奋努力、坚持不懈的肯定,也是学校师生共同努力的成果。校方期望她们在未来的求学道路上继续追求卓越,不断突破自我,学有所成,未来回馈社会,为母校争光。
Dua Graduan Cemerlang SM Kian Kok Terima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah 2026
Dua orang graduan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 dari SM Kian Kok, iaitu Daphne Chan dan Chloe Lea James, telah dianugerahkan Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah 2026. Daphne Chan menerima biasiswa di bawah Kategori Terbuka, manakala Chloe Lea James menerima biasiswa di bawah Kategori Bumiputera.
Pada tahun ini, seramai 50 orang pelajar cemerlang telah menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah 2026, yang terdiri daripada 15 penerima Kategori Terbuka dan 35 penerima Kategori Bumiputera. Kejayaan kedua-dua graduan SM Kian Kok ini membuktikan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPM serta menyerlahkan mutu pendidikan dan pencapaian akademik yang cemerlang di sekolah.
Pengetua SM Kian Kok, Goh Teck Seng, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua graduan atas pencapaian yang membanggakan ini. Beliau berkata, anugerah tersebut merupakan pengiktirafan terhadap usaha gigih dan dedikasi para pelajar sepanjang tempoh persekolahan mereka. Beliau turut berharap agar mereka terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pengajian di peringkat yang lebih tinggi, menjadi insan yang berjaya, serta memberikan sumbangan kepada masyarakat dan mengharumkan nama baik sekolah.

Related Articles

spot_img

Latest Articles